mari la kita beramai2 FOLLOW dan SUPPORT blog Chinonets Cuppies ~

bukan sahaja boleh follow dan boleh support blog ni malah anda juga boleh MENEMPAH cuppies2 ini untuk pelbagai acara malah untuk personal nak mkn di hujung minggu pun boleh.

chinonetscuppies.blogspot.com


! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

renungan

Belajar untuk mencinta Allah sedalam-dalamnya ~


! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

coret-coret ros + praktikum

time Rancangan Orientasi Sekolah...cikgu yang penyayang !
ROS atau nama panjangnye ialah Rancangan Orientasi Sekolah selama 3 minggu di Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat (penat nokk taip panjang2 ni) atau name pendek n manje ialah SRAITK. aku bersama2 dengan 3 lagi sahabat terbaek yang terdiri daripada 2 gadis jelita lagi ayu dan vogue gitu (oh yeah) dan seorang jejaka idaman malaya (malaya union) hahaha =). Mereka ialah :


Dapat pula guru pembimbing yang sporting dan ayu gitu (single lagi oi). Berpengetahuan luas dalam bidang SPBT. Sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas seharian dan tugas membimbing kami. She is really2 superb !! (terbaek wokk). Dia adalah tidak lain tidak bukan : (bunyi dram2 ala bintang paling popular)


Kami berpangkalan selama 3 minggu di teknopen. (tak bergaul masyarakat time tu)

ni time hari khamis (hari wajib batik) glemer kan !
start 3 Januari 2011 aku dan teman2 mulakan tanggungjawab kami untuk melaksanakan praktikum bagi mengisi kehendak Diploma Pendidikan ini (aaauuwww) hahaha. Haaaaa ! time ni kan kami dah ditempatkan di bilik guru belakang. Nape bilik guru belakang??? aduuuii soalan xmembina lansung la korg ni!!! dah sah2 la bilik guru depan dah penuhhh !!! aduuui. Alhamdulillah seronok sangat masuk bilik guru belakang ni. dapat jumpe guru2 yang sporting GILA ! dapat mcm2 pengalaman yang indah manis tawar pahit masin payau dan etc. Mereka merupakan barisan guru yang hot dan top kat SRAITK. Inilah barisan guru2 tersebut yee :

Kak T
Ustaz Kori

Dan dua orang guru yang slalu menyebok kat bilik guru belakang tapi yang pasti suasana bertambah ceria la kan...(yang ado). Mereka ialah :


Time praktikal ni mcm2 pengalaman aku dapat. Minggu pertama dah ada 3 pengalaman baru...nak donga ? (bajet aku cerita dr mulut la ni ek)

1. ada pelajar terberak dalam kelas
2. ada budak menangis meraung sambil ckp "NAK IBU"
3. ada parents nak jumpa sbb anak dia kata aku hilangkan buku dia

Dahla xmo cite lebiy2..mood rindu skola dan anak murid dah nak dtg ni...hahahah 

time ni sambut kak syafa p umrah + perpisahan kami + kak finash dpt keja kat perkim
haaaa !!! meh nak cite time ni ! time ni kan...kan...kan...hari rabu 9/3/2011 (aku igt lagi!) ade la wat makan2 sikit...pagi2 dah makan pulut kuning dengan tumis bilis kak finash yang bawak (katenye amani yang buat gune kaki) patot la sedappp amani oiii !! pastu tghhari mkn2 lagi. Ade nasik, kek, snack dan mcm2 lagi la..(nampak x bungkusan plastik oren tu?) tuuu dia ! mmg kenyang. Kak syafa yang sponser ! Makan2 ni adalah untuk meraikan 3 benda actually...meh mak snaraikan ye nokk !

1. kak syafa dapat g umrah dengan family die 
2. kak finash dpt keja kat perkim + perpisahan kak finash gak
3. perpisahan kami. walaupun 2 hari lagi tapi disebabkan kak syafa nak g umrah n pastu xjumpa da so sekalu harung la...(sediykan?)

time ni hari terakhir praktikum d SRAITK 11/03/2011

erm..dah masuk pat yang xsuke skali ni (mood hati kaca). Jumaat yang indah merupakan saksi kepada perpisahan kami dengan Sraitk dan juga guru2nya. Sediy xyah nak ckp la kan sbb dah 3 bulan kami menabur bakti kat sini. Siap ada anak murid kesayangan. Aku dapat ngajar drjh 1 , 2 ngan 5. Drjh 5 xpe la sbb dah besar. Yang aku runsing n sediy nak tinggal ialah drjh 1 yang xtau ape2 yang baru nak mulakan alam persekolahan. Sumpah rinduu mereka semua. Tapi apakan daya adat bertemu pasti ada berpisah. Aku redha je la kan...(xkan ko nak aku meraung2 ala2 mati bini plak kan).. Sekolah ni banyak mengajar aku cara hidup sbb bergaul dengan golongan pendidik ni lain dengan bergaul golongan politik...hahah (ade kene mengene ke?). dahla xmo cite lebiy2 kang banjir Taman Seri Gombak ni...kbai

Assalamualaikum...




! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tazkirah ringkas ~



Nabi s.a.w bersabda:
'' Hai sekalian manusia ratakanlah salam, berikanlah makan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.''
-Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi-


Rasulullah s.a.w bersabda:
'' seutama-utama puasa bulan Ramadhan ialah bulan Allah yang dimuliakan- yakni berpuasa dalam bulan Muharram, sedang seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat diwaktu malam.''
-Riwayat Muslim-

Nabi s.a.w itu tidur dipermulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersembahyang.
-Muttafaq 'alaih-



Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat dan kelebihan sembahyang malam dengan berkata bermaksud:
''Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat diakhirat.

Kurnia di dunia ialah:
a. jauh daripada segala penyakit
b.lahir kesan taqwa pada wajahnya
c.dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. percakapannya mengandungi hikmah
e. dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama.(halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a.dibangkitkan di kubur dengan wajah berseri-seri.
b.dipermudahkan hisab
c.cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
d. diserahkan suratan amal pada hari akhirat dengan tangan kanan

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.





! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nuha Marissa Binti Irwan Nadzif

Assalamualaikum....

ni nak habaq skit ttg anak sedare kawe hok sowg n the only one (buat mase ni)
die dah berusia setahun (bape hari ntah)
entry dlu igt lagi??? mase tu die baru bape minggu...laaaaani dah besaq panjang (xde la panjang mane pun)
ni nak put gambar latest die la + gambar seminggu n 6 bln !!! (combination yang sgt menarikkk aaawww~)

mase umur seminggu

tu mase seminggu...nampak mcm bdk baik (mmg baik pun) igt lagi mama die ckp...lahir2 je kat dunia xnangis pun tp bersin sekali...(teringat kisah lahir Rasulullah mcm tu gak). Time ni asik tdo je...kami yang dok kejut2 sbb nak main dgn die..

mase umur 6 bulan
ni plak mase umur 6 bulan...kalau mase seminggu dok kejut2 suh bangun...time ni mmg dah mcm2 lagu kuar utk dodoikan die supaya TIDOR..kalau die xtidor bole jadi barbie doll atau raksaksa ganas dalam sekelip mate...hahahaha ade je bnd xpuas hati ataupun ngantok tp xle tdo mule la nak ngamuk sane sini...hahahaha...tp ttp chomel !

mase umur setahun !
hambekk !!! ni mase umur setahun..anak perempuan kepada Tassha Hilda dan Irwan Nadzif dah jadi anak dara yang cantik dan cleverr ! ade 5 batang gigi yang dimulai dgn gigi taring dulu..hari2 dudok dgn Tokmi dr pagi sampai petang mcm2 belajar sbg cthnye memasak, membasuh kain dan mcm2 lagi (ala2 becoming isteri solehah gitu)...

pesanan abi utk nuha : jd anak yang solehah yg sentiasa mencari mardhatillah ye syg...



! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tazkirah ringkas ~



Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang."

Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:

Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya.
Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:
1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu, kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi
angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa, Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam
keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti, kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya
kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan. Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak
merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?

Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat
menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

 
Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.

Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang.

Contohnya:
1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya, Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu. Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri, rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih
kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat. 
Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!

Cube kite bermuhasabah diri : Berapa kali dalam sehari kita beristighfar?


! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA Contest POLKA.espadrilla


1. Save banner [done]

2. Buat satu entry bertajuk [done]

3. Ikut syarat2 [done]

4. Letak link [done]

5. Tinggalkan link [done]

6. tarikh tutup [not done]

7. Mohon help [done]

ini kawan blog sy yang tersayang :



SAYA NAK BAGI SOKONGAN KAT RAKAN BLOGGER YANG TERSAYANG SEMOGA DIA SUCCESS SELALU !!!

! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 h a r i

budak.polka
Erm....tamat sudah 3 hari amik pengalaman kat Eden Elite Concept...
walaupun 3 hari je....je ! tapi ilmu yang aku dpt byk wooo....sampai ade yg aku xphm...hahaha maaf ye kak Fariza yang ayu !

Moving Average - RSI - Support Resistance - Correction + Market Review = Prospect ! (hambek kau!)
pergh...formula utk menjadi seorg marketing executive yang mahir dan berjaya !!
aku ingat pas spm nak lari dari mathematic tup2 dapat gak kerjaya yang basicnye mathematic !! Makk kaget nokk mule2 2...mmg blur habes la...suh cari 20% dari 1000 pun xle...hahaha (time tu punye la pandang kiri pandang kanan pandang atas pandang bwah pastu ternampak henfon !) ape lagi kan ! GUNE la !!

setiap pagi kol 8.30 grak la dr uma...ciom2 nuha puas2 pastu grak....
setiap petang kol 5.00 grak la dr opis...ciom2 pintu lif puas2 pastu grak....hahahah sampai pintu ktm aku ciom !

Tanggal tarikh yang bertarikh 5/4/11 adalah hari terakhir aku bersama bdk polka tu !! rindu sgt tp bajet nak rindu mcm dah keja 30 taun...kan3? so stakat nangis dlm hati je la...hahaha

p/s : BDK POLKA !! nanti bg i date n time utk appointment dgn client name Hazrul Izzat tu ye ! (name nak same je)
! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kembali ke dunia blog dengan izin Allah ~

pencari JannahMu
Belajarlah untuk mencari sedikit demi sedikit pahala Allah di setiap celah-celah kehidupan 
! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS