Akhil Hayy : "dia masih isteri saya "

Menurut Akhil, Maizawati Zainal masih isterinya tetapi adakah status itu akan kekal di kemudian hari, keputusannya akan dibuat pada 2 Jun nanti.

Tambahnya lagi, dia kecewa dengan keputusan isteri untuk tampil di depan media untuk menceritakan masalah rumah tangga.

“Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media.”

Tentang tindakannya untuk mendiamkan diri sejak kes ini meletup di dada akhbar, Akhil menjelaskan dia tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi kerana ia membabitkan ramai pihak.

“Sekiranya saya bercakap ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya dan serta Waheeda sendiri. Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja,” katanya yang juga menafikan dakwaan isteri yang dia tidak berhubung dengan keluarga sejak beberapa bulan lalu.


! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 berceloteh.: