Biar betul. Tapi jika melihat pada gambar di atas, lelaki yang terlantar itu memang Norman Hakim, dengan ‘braces’ di leher dan kecederaan di dahi. Norman terlibat dalam kemalangan jalanraya ke? Atau dipukul?
Sebelum ada yang panik tu, gambar ini sekadar propa je, sempena pelancaran drama online terbaru GUA, ‘Jelma 2’ yang bakal menemui pelayar Internet pada 6 Julai ini.
Norman tu tengah ‘in character’, menghayati watak Rosli, bapa kepada Reza, lakonan mantap adik Mohd Naim Daniel. Jika anda masih ingat, ‘Jelma’ mengisahkan tentang Rosli, seorang pengusaha restoran yang bergantung pada tangkal dan azimat sebagai pelaris dan pendinding restorannya.
‘Jelma 2’ merupakan kesinambungan dari musim pertama, menceritakan pembalasan dendam Reza terhadap ayahnya. Rosli tidak sedar walaupun azimat telah dihapuskan, kuasa hitam itu masih menghuni tubuh Reza.
Menurut Norman, disebabkan wataknya kali ini dalam keadaan koma, akibat dari satu kemalangan jalan raya, tidak banyak yang perlu dilakukannya. Walaupun begitu, dia perlu banyak main dengan perasaan dalaman.
“Saya perlu bermain dengan imaginasi kerana roh-roh jahat tersebut akan cuba memasuki tubuh Rosli. Di musim pertama, saya tahu apa yang ingin disampaikan tetapi disini tanpa menggunakan tutur kata, saya perlu membuat penonton faham apa yang sedang dilalui Rosli.
“Saya yakin dengan penerapan Murali (Abdullah, pengarah), ‘Jelma 2’ akan lebih baik dari musim pertama,” ceritanya yang baru habis menjalani penggambaran untuk dua buah telemovie, ‘Patahnya Sayap Malam’ dan ‘Serpihan Takbir’. Selepas ini, dia akan sibuk dengan penggambaran ‘… Dalam Botol’ dan ‘The Cup’.
0 berceloteh.:
Post a Comment