Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang
tamu,
> datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
> ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap
> nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik
> terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata
> ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi
untuk
> diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan
sikap
> suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
>
> Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia
menjadi
> miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya
turut
> menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik
itu
> berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri
dan
> suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk
pintu
> sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami
> menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti
yang
> mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si
isteri
> menangkup muka sambil menangis.
>
> Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya
yang
> dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab
> dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan
ditengking
> itu .
>
> RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu
kejahatan''.
>
>
> Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda
yang
> bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia
dengan
> kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan
> ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan
> tenaganya''.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
-
Bismillah.
*PRODUK HERBALIFE AGEN HERBALIFE COACH HERBALIFE*
*Sedang mencari produk Herbalife? Boleh Whatsapp terus. Atau KLIK SINI
UNTUK BELI HERBALIFE...
4 months ago
0 berceloteh.:
Post a Comment