Bkn sekadar bahan bacaan...

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan
Jalal menerpa ke telinga saya.
Jeritannya sungguh kuat kerana azab
dan sakit yang ditanggungnya tidak =
mampu ditanggung lagi. Saya
percepatkan langkah menuju ke
katilnya. Di sisi = katil saya lihat
ahli keluarga Jalal sedang menangis
tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan
tidak tahu apa yang perlu dilakukan,
kecuali melihat Jalal menggelepar
kesakitan dan berdoa semoga Jalal
cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal
meraung dan meronta sambil tangan dan
kakinya terikat kemas di = katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang
bantu kami. Saya dah tak tahu apa =
nak buat. Dah seminggu lebih adik saya
macam ni," kata salah seorang abang
kepada Jalal sebaik melihat saya
sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya
melalui telefon meminta saya segera
datang untuk membantu menyembuhkan
penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya
saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak
tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali
lagi Jalal menjerit kesakitan. = Kali
ini jeritannya cukup jelas di
pendengaran saya. Jeritannya
menakutkan = dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss.
Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!
Tolonglah emak, ampunkan dosa saya."
Berserta raungan yang dilepaskan =
sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar
seperti dipanggang di dalam api yang =
marak. Mukanya berkerut sementara
matanya terbelalak akibat azab yang
amat = pedih. Semua yang ada di wad
berkenaan memandang ke arah kami.
Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-
tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal
jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan
antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak
dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma =
terdiam, menundukkan muka atau
berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal
bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja
= meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya
rasa mungkin Jalal ada melakukan
kesalahan besar kepada ibunya, sebab
itulah dia menanggung azab yang =
begini rupa. Dalam keadaan macam ini,
cuma ibunya saja yang dapat membantu,"
= kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara
jeritan Jalal semakin kuat. Saya =
semakin ingin mengetahui puncanya
kerana dengan latar belakang itu insya-
Allah = saya boleh cuba carikan jalan
lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang
sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah
derhaka kepada arwah ibu kami," =
jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang
abang Jalal menceritakan kepada = saya
kisah yang sebenarnya, kisah yang
cukup menyayat hati saya. Menurutnya,
Jalal adalah anak bongsu daripada
mereka enam beradik, empat perempuan =
dua lelaki dan di kalangan mereka,
Jalallah yang mempunyai kelulusan yang
= lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak
kecil hinggalah dia bekerja dan
seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa
sahaja melawan dan menyanggah kata-
kata = ibunya. Nasihat dan teguran
ibunya pula dipandang rendah serta
tidak diendahkan. Syurga anak di bawah
telapak kaki ibunya. Walaupun
berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa
sahaja kekurangan wang, seolah-olah
tidak dirahmati rezekinya.
Berterusanlah keadaan itu hingga dia
berumahtangga. Keadaan menjadi semakin
buruk apabila Jalal meletakkan
jawatannya di sebuah = syarikat
swasta. Hasratnya adalah untuk mencari
rezeki yang lebih banyak di = syarikat
lain, namun nasibnya bukan sahaja
tidak berubah, malah menjadi semakin
parah. Walau di syarikat manapun yang
Jalal bekerja, dia akan menghadapi
masalah yang seterusnya membawa kepada
dia meletakkan jawatan. Dalam
kegawatan itulah Jalal mula meminjam
wang daripada sahabat-sahabatnya.
Selepas sekian lama hutangnya semakin
banyak, namun dia masih tidak = mampu
melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula
kucar-kacir dan akhirnya mereka
bercerai. Bagi menyelesaikan masalah
tersebut, Jalal mendesak ibunya =
supaya mencagarkan tanah mereka di
kampung kepada bank. Tanah seluas 12
ekar = itu ditinggalkan oleh bapa
mereka yang meninggal dunia tiga tahun
sebelum = itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah
setuju nak kasi RM500,000. Saya nak =
duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu
tanah adik-beradik kamu," jawab si =
ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau,
duit tu nanti bukannya engkau nak buat
berniaga, tapi nak bayar hutang,"
jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-
beradik Jalal tidak membenarkannya
mencagarkan tanah tersebut kepada
bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.
Namun dia masih bertekad untuk
mendapatkan tanah berkenaan walau
dengan = apa cara sekalipun. Suatu
hari, Jalal datang ke rumah ibunya.
Beberapa orang adik-beradiknya ada di
situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku
dan = berakhir dengan tragedi yang
amat menyedihkan. Ketika kemarahannya
sampai = kemuncak, Jalal menolak
ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan
kepala ibunya = terhantuk di pintu.
Darah dari luka terpalit di pintu
sedang ibunya terjelopok di = lantai,
rebah tidak sedarkan diri. Si ibu
segera dibawa ke hospital sementara =
Jalal puas hati kerana dapat
melepaskan kemarahannya. Akibat
pendarahan otak = yang serius, ibunya
meninggal dunia tanpa sempat
melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal.
Kira-kira seminggu selepas kematian
ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital
kerana jatuh sakit secara tiba-tiba.
Apa yang membingungkan ialah doktor
gagal mengesan penyakit = yang
dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung,
menjerit, meronta dan menggelepar
kesakitan. Dalam raungannya itulah dia
meminta ampun kepada arwah ibunya
kerana tidak sanggup menanggung azab
yang pedih. Berterusanlah = keadaannya
selama beberapa hari hingga saya
dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan
jururawat tidak dapat berbuat apa-apa
kecuali mengikat Jalal di katil = dan
menyuntiknya dengan ubat pelali untuk
menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara
lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran,
saya membacakan surah Yassin =
untuknya. Namun apabila dibacakan saja
ayat suci itu, Jalal menjerit
kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan
menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya
emak! Jangan bawa saya ke situ = emak,
panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya
tak mau, sakit, sakit. Tolonglah =
saya emak, ampunkan saya, saya
bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya.
Apakah yang dimaksudkannya dengan
= 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu
dibawa 'ke situ' dan apa yang
dilihatnya = di situ? Akibat tidak
tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa
dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus
diikat ke katil. Selepas puas mencuba
tapi keadaan = Jalal masih tidak
berubah, saya meminta diri untuk
pulang. Satu ingatan saya tinggalkan
kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup
selepas zuhur ini, insya-Allah
nyawanya masih panjang. Kalau
tidak..." Ketika itu lebih = kurang
pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang
saya memandu, telefon bimbit saya
berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah
nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai
di katilnya, saya lihat Jalal = begitu
tenat. Nyawanya seperti sudah di
penghujungan. Keluarganya semakin
cemas sambil air mata tidak henti-
henti mengalir. Saya bacakan Surah al-
Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas
serta asma ul husna. Alhamdulillah,
Jalal = berhenti meraung dan
menggelepar. Keadaan senyap seketika.
Masing-masing = beristighfar dan
membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan
sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia
mengerang sambil tubuhnya kejang
menahan kesakitan, mata terjegil =
seperti hendak terkeluar dan dalam
satu detik yang serentak juga najisnya
= terpancut keluar. Bertabur membasahi
seluarnya. Bau najis menusuk hidung
kami. = Maha suci Allah, keadaannya
adalah seperti sesuatu yang berat
menghenyak = perutnya yang
mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-
organ dan segala-galanya = yang ada di
dalam tubuh terhambur keluar secara
serentak. Di bahagian atas, semuanya
seperti hendak terpancut keluar hingga
mata Jalal tersembul sementara di
bahagian bawah, kakinya kaku dan najis
berhambur memancut-mancut. Cukup aib
dan menyedihkan. Pakaian dan katil
basah = dengan air mata, peluh serta
najisnya. Selepas 'rentapan' itu,
Jalal tidak = bernafas lagi. Degupan
jantungnya berhenti dan dia pergi
menghadap Allah SWT = untuk menerima
balasan amalannya. Tamatlah riwayat
seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan
gementar sementara keluarga
Allahyarham menangis dan berpelukan
sesama sendiri. Yang perempuan
terpaksa keluar kerana tidak sanggup
melihat mayat adik mereka. Demikianlah
= sakaratulmaut datang menjemput
Jalal. Seperti yang dijelaskan di
dalam al-quran dan = hadis, ia datang
dengan menyentap, merentap dan
merenggut nyawa Jalal tanpa ada
kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh
tahun saya menguruskan jenazah dan
melihat orang menghadapi saat
kematiannya, namun pengalaman
menyaksikan sakaratulmaut menjemput
Jalal cukup memilukan hati saya.
Kesengsaraan = yang ditanggung oleh
Jalal sudah berakhir, namun mayatnya
meninggalkan = keaiban yang amat
sangat. Matanya terbonjol seperti
hendak terkeluar sementara giginya
menyeringai. Dari kerut wajahnya,
jelas sekali Allahyarham baru sahaja
menanggung kesakitan dan azab yang
amat pedih. Saya cuba pejamkan mata
Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata
tidak berupaya untuk menutup biji
matanya yang tersembul itu. Cukup
mengerikan kerana hanya mata = putih
sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki
dan tangan Allahyarham dileraikan =
dan tangannya dikiamkan. Kaki
Allahyarham dirapatkan, namun sekali
lagi saya menyaksikan keaiban kaki
Allahyarham tidak boleh dirapatkan
kerana = duburnya terpancut keluar dan
membonjol di celah kelengkangnya. Saya
menenangkan mereka supaya bersabar dan
reda dengan apa yang telah terjadi.
Selesai membersihkan tubuh
Allahyarham, jenazah dibawa turun
kerana keluarganya = mahu menguruskan
jenazah tersebut di rumah mereka di
salah sebuah taman = perumahan di
sebuah negeri di pantai barat
semenanjung. Rupa-rupanya keaiban
belum berakhir. Sebaik sahaja van yang
membawa Allahyarham keluar dari =
perkarangan hospital, tiba-tiba
keempat-empat shock absorbernya patah
secara = serentak. Van yang cuma
membawa lima orang, mayat yang
badannya sederhana sahaja, = dua orang
abang dan kakaknya, pemandu serta
seorang pembantu, boleh patah = shock
absorbernya? Kelindan van bergegas
memanggil kami. Maha suci Allah, =
Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak
dikeluarkan dari van, jenazah itu kami
rasakan teramat berat hingga terpaksa
diangkat oleh kira-kira 15 orang.
Selesai masalah itu, satu lagi masalah
timbul - tidak ada van atau = kereta
yang berani untuk mengangkat jenazah
tersebut. Kebetulan sebuah lori =
kosong yang mengangkat tanah, pasir
ataupun kelapa sawit lalu di tempat =
kejadian. Dengan lori itulah jenazah
dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang =
membingungkan kami ialah walaupun
mayat berkenaan terlalu berat, tapi
kayu penusungnya tidak pula patah.
Lori bertolak ke rumah Allahyarham
sementara saya pula memandu pulang ke
rumah. Saya dimaklumkan bahawa
Allahyarham dikebumikan =

di sebelah kubur ibunya. Namun
diceritakan juga kepada saya bahawa
tanah = yang ditambun ke atas kuburnya
tidak mencukupi. Untuk mengelakkan
kubur Allahyarham berlubang, tanah
lain terpaksa diambil dan ditambur ke
= atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima
panggilan telefon daripada keluarga
Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan
pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban
yang Allah tunjukkan kepada anak =
yang derhaka kepada ibunya. Menurut
abang Allahyarham, kewujudan lubang
itu disedari sehari selepas
Allahyarham dikebumikan. Lubang
tersebut bermula dari bahagian tengah
kubur hinggalah mencecah kepada papan
yang menutup liang lahad. Tambah abang
Allahyarham lagi, mereka mengambusnya
dengan tanah, namun keesokan harinya
kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali
kayu atau papan ke dalam lubang
tersebut, insya-Allah, tak berlubang
lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi
abang Allahyarham menghubungi saya
memberitahu bahawa kubur berkenaan
berlubang semula. Apa yang
membingungkannya, tanah di kubur arwah
ibunya langsung tidak berubah, = masih
tetap membusut walaupun sudah lebih
dua minggu dikebumikan. Bukan itu
sahaja, katanya, pokok yang ditanam di
kubur ibunya juga hidup segar
sedangkan pokok yang ditanam di kubur
adiknya mati kelayuan. Pada hari
kelima, saya menghubungi abang
Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai
malam ini buatlah majlis Yassin dan
tahlil. Panggil 20 orang dan setiap
seorang baca Surah Yassin sebanyak 2
kali. Apabila selesai bacaan Yassin,
minta imam bacakan doa supaya
diampunkan dosa Allahyarham kepada
ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan
ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada
malam berkenaan mereka mengadakan =
majlis itu. Namun saya diberitahu,
imam yang membaca doa tersebut
menggigil ketakutan. Alhamdulillah,
pada hari ketujuh, kubur berkenaan
tidak lagi berlubang. Peristiwa ini
sudah berlaku empat tahun lepas namun
masih terbayang-bayang di mata saya.
Setiap kali tibanya hari raya
aidilfitri, setiap kali itulah
peristiwa tersebut menjelma dalam
ingatan kerana ia terjadi cuma
beberapa hari selepas kita berhari
raya. Sungguh menyentuh = hati saya,
ketika orang sedang bergembira berhari
raya, ketika itulah = keluarga
tersebut ditimpa petaka, si ibu
meninggal dunia dan anaknya yang
derhaka diazab hingga ke akhir
hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk
mengaibkan Allahyarham ataupun
keluarganya, tapi supaya kita dapat
mengambilnya sebagai pedoman dan
iktibar. Doakanlah semoga dosa
Allahyarham Jalal diampunkan Allah.


! أشكركم على القراءة

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 berceloteh.:

nasikputeh said...

Maha Suci Allah.
Tuhan sekalian alam.


Moga2 kita semua dijauhkan seksa saqaratul, seksa qubur dan seksa api neraka NYA.

e j a t ? said...

na'uzubillah......

semoga kita mendapat redha ibu bapa...

tangan said...

ibu bapa.

my umi abah.... ^^

e j a t ? said...

insyaAllah..